Karya Klasik Cina

Teks-teks klasik Cina, atau teks-teks kanun Cina, (Bahasa Cina: 典籍pinyin: diǎnjí) pada hari kerap merujuk pada teks-teks Cina pra-Qin, terutamanya karya-karya aliran Neo-Confucianisme Four Books and Five Classics (四書五經), satu pilihan buku-buku dan bab-bab pendek dari himpunan berjilid besar yang dipanggil Thirteen Classics. Semua teks-teks pra-Qin ini ditulis dalam bahasa Cina klasik. Sebagai kanun karya-karya itu dirujuk serentak sebagai jing (經).[1]

Dalam pengertian yang lebih luas, teks-teks klasik Cina mungkin merujuk pada teks-teks yang ditulis dalam bahasa Cina vernakular atau bahasa Cina klasik yang wujud sebelum tahun 1912, apabila dinasti terakhir empayar China, Dinasti Qing jatuh.

Ini termasuklah shi (史, karya sejarah), zi (子, karya-karya falsafah yang tergolong dalam aliran-aliran pemikiran selain Confucianisme, tetapi juga karya-karya pertanian, perubatan, matematik, astronomi, wahyu, seni kritikan, dan semua jenis penulisan pelbagai) dan ji (集, karya sastera) serta jing.

Pada zaman Dinasti Ming dan Qing, Four Books and Five Classics menjadi subjek pengajian wajib bagi sarjana Confucianisme yang ingin menjadi pegawai kerajaan. Sebarang perbincangan politik penuh dengan rujukan pada karya-karya ini, dan seseorang tidak akan menjadi sarjana atau pegawai tentera sekalipun tanpa memiliki pengetahuan tentang karya-karya ini. Pada umumnya, kanak-kanak pada awalnya mempelajari aksara Cina dengan menghafaz Three Character Classic dan Hundred Family Surnames, kemudian menghafaz karya-karya klasik yang lain untuk meningkatkan status diri dalam hierarki sosial.

Kesarjanaan mengenai teks-teks ini biasanya terbahagi kepada dua tempoh masa, sebelum dan selepas "Api Qin", apabila banyak teks-teks asal, terutamanya yang berkaitan dengan Confucianisme terbakar dalam satu pembersihan politik.[1]

  1. ^ a b Voorst, Robert E. Van (2007). Anthology of World Scriptures. Cengage Learning. m/s. 140. ISBN 0495503878.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search